Pakistan dilaporkan telah menyekat penggunaan aplikasi TikTok daripada digunakan oleh penduduk negara itu. Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama TikTok disekat di negara ini.
Sebelum ini pada bulan Oktober tahun lalu, TikTok telah disekat buat kali pertama, namun sekatan tersebut ditarik balik selepas ByteDance berjaya meyakinkan kerajaan Pakistan.
Menurut Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Peshawar, Rashid Khan, TikTok disekat atas sebab mengandungi video tak bermoral dan berunsur lucah keterlaluan yang tidak sesuai disajikan buat penduduk Pakistan.
Keputusan ini bagaimanapun kurang diterima baik oleh pembangun aplikasi TikTok yang mempunyai pendapat berbeza mengenai isu ini.
Untuk rekod, TikTok mempunyai hampir 33 juta pengguna di Pakistan pada bulan lepas sahaja. Manakala terdapat 100 juta pengguna di Selatan Asia.
Sebelum ini, India juga telah menyekat penggunaan TikTok di negara itu pada tahun lepas meskipun mereka merupakan antara pasaran terbesar TikTok dengan lebih 200 juta pengguna.
Teruk sangat ke TikTok sampai banyak negara sekat?
Sumber: Tech Cruch, AlJazeera