Pengundi tidak lagi dibenarkan membawa telefon bimbit ketika membuang undi di dalam bilik pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15, Sabtu depan (19 November 2022).

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengumumkan larangan itu melalui poster Langkah Pengundian yang dimuat naik di akaun Facebook, hari ini.

Melalui poster itu, jelas menunjukkan langkah keenam pengundi perlu menyerahkan telefon bimbit sebelum menanda kertas undi di petak undi.

“Bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit,” menurut poster itu.

Pengundi tidak lagi dibenarkan membawa telefon bimbit ketika membuang undi di dalam bilik pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15, Sabtu depan (19 November 2022)

Selesai memasukkan kertas undi ke dalam peti undi, pengundi boleh mengambil semula telefon bimbit daripada KTM itu tadi dan keluar meninggalkan ruangan tersebut.

Ini bermakna pengundi tidak dibenarkan merakam gambar atau video dengan kertas undi yang diterima di ruangan tersebut.

Mac lalu, Parlimen diberitahu kerajaan tidak akan menghalang pengundi untuk membawa telefon pintar ketika proses pengundian dijalankan dalam pilihan raya dan menyifatkan tiada keperluan untuk kerajaan melaksanakan larangan tersebut pada masa kini.

Sebelumnya perkara itu dibangkitkan susulan tular di media sosial perkongsian kertas undi pilihan raya negeri.

Baru-baru ini, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menyarankan SPR untuk mengenakan larangan itu bagi mengelak budaya rasuah.

Beliau mengingatkan SPR bahawa pengundi boleh menunjukkan gambar kertas undi yang dipangkahnya kepada parti politik untuk mendapat habuan.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *