TUN Dr Mahathir Mohamad sanggup merendahkan diri dan melupakan perbuatan ‘khianat’ Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadapnya bagi bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), untuk menumpaskan Umno.

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu berkata, beliau bersedia untuk melakukan kerjasama berkenaan kerana kehendak rakyat.

“Kita dengar rakyat meminta supaya parti-parti pembangkang sepatutnya bergabung barulah kita boleh kalahkan Umno…itu kehendak rakyat.

memaklumkan GTA menyasarkan bertanding 120 kerusi Parlimen dan pengumuman calon akan dibuat pada 2 November ini.

“Kita akan buat majlis pengenalan calon kesemuanya pada 2 November ini di pusat, tapi dari semasa ke semasa kita akan buat pengumuman dua tiga calon di peringkat negeri atau pun di pusat.

“Keseluruhan kerusi sasaran kami GTA akan bertanding di 120 kerusi tapi angka itu akan dimuktamadkan kemudian, mungkin lebih mungkin kurang.

“Di Kedah, tidak kurang 10 kerusi Parlimen akan ditandingi,” katanya. 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *