Seramai lima individu dikenakan kompaun masing-masing RM1,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di sebuah restoran di sini semalam.

Pasangan selebriti terkenal iaitu Shahmira Mohamad atau Shuib yang merupakan pelawak dan isterinya, Sarah Raissuddin merupakan antara lima individu yang didenda itu.

Difahamkan pasangan artis berkenaan yang dalam perjalanan ke Kelantan makan di sebuah restoran di bandar ini kira-kira pukul 9 malam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan artis itu dan dua lagi yang lain dikenakan kompaun kerana tiada penjarakan fizikal semasa makan.

Selain itu, mereka juga duduk di meja makan melebihi dua orang sekali gus melanggar SOP PKP.

“Pemilik restoran berkenaan turut dikompaun kerana membenarkan lebih dua orang pelanggan duduk di satu meja.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.