Beberapa hari ini saya telah menerima serangan peribadi oleh laskar maya di Whatsapp, Facebook dan sebagainya.
Barulah saya sedar bahawa betapa dahsyatnya serangan alam maya terhadap seseorang kaum Cina yang menunjukkan sifat ke-Malaysia-an.
Saya membuat posting dalam bahasa kebangsaan dengan menggunakan gambar sendiri.
Saya menyuarakan sokongan terhadap tanah airku yang mana Zon Maritimnya telah dicerobohi oleh China.
Saya menyuarakan sokongan peribadi saya kepada Palestin seperti majoriti warganegara Malaysia lain yang menentang kezaliman penjajah.
Saya menyeru kepada semua agar menyokong barisan hadapan dan berterima kasih kepada mereka.
Nampaknya sifat-sifat ini telah mendatangkan kemarahan sesetengah laskar maya yang ditaja oleh parti politik tertentu di Malaysia.
Serangan sebegini hanya akan menguatkan semangat saya supaya terus menyuarakan pandangan yang bercanggah dengan mereka yang bersifat chauvanis.
Sekali lagi, Sing Phing ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan Facebook, Instagram dan Tik Tok yang telah memberi sokongan dan semangat kepada saya 🙏🏻😊