SHAH ALAM, 18 JULAI 2022 – “Inilah perbezaan perjuangan antara mempertahankan individu atau mempertahankan agama atau mempertahan ‘kepentingan perut’.”

Tulisan dipetik daripada laman Facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani ini menjurus kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang lantang mengkritik Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di Kongres PKR baru-baru ini.

Menurut Rafizi, tiada sesiapa perlu mempertahankan Anwar daripada sebarang kritikan kerana peranan penting PKR adalah untuk menarik semula sokongan rakyat terhadap parti itu.

“Kalau saya menjadi Anwar Ibrahim, saya rasa kita perlu terima factual finding (hakikat sebenar) kerana jika kita tidak melakukan apa-apa, ia (situasi sedia ada) akan diterjemahkan kepada keputusan pilihan raya, (di mana) hakikatnya dia telah hilang populariti.

Ustaz Ahmad Dusuki juga menekankan bahawa perjuangan Islam meletakkan agama menjadi keutamaan, manakala perjuangan individu hanya sewaktu ia popular sahaja.. Perbetulkan jalan hidup ini utk keuntungan di sana..”

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.