Kenyataan Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal yang mahu bekerjasama dengan mana-mana parti menang dalam pilihan raya umum (PRU) menyebabkan DAP kurang senang dengan pendirian tersebut.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyifatkan Shafie sebagai tidak berprinsip dan tidak masuk akal memandangkan parti yang menang sudah pasti tidak akan bekerjasama dengan parti kalah, malah mustahil untuk membahagian jawatan menteri kepada parti lain.

“Saya berasa dukacita dengan kenyataan tersebut, saya pun ada baca kenyataan melalui satu forum beliau, Shafie pada Sabtu lepas. Beliau kata bahawa beliau sanggup bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti baik BN, Perikatan (Nasional) atau Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan kononnya kalau dah bentuk kerajaan dia boleh bekerja dgn mana-mana pihak.

“Ini saya rasa satu pandangan yg mungkin dinampak macam tak berprinsip, pertama. Yang kedua tak masuk akal. Kalau gabungan itu dah menang, takkan ia nak kerja sama dengan parti lain, kecuali ia tak menang, kalau ia dah menang sendiri, takkan ia nak kerjasama, nak bahagikan kerusi menteri untuk parti lain pula.

“Jadi ini sesuatu yang saya rasa tidak begitu masuk akal,” kata Ahli Parlimen Seremban itu semasa wawancara dalam satu temubual atas talian.

Shafie sebelum ini dilaporkan mahu menjalin kerjasama dengan mana-mana gabungan parti politik yang menangP RU-15 tetapi bersyarat.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa persefahaman yang dibentuk itu mestilah sebuah kerjasama pintar serta tidak berat sebelah dan paling penting, meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segalanya.

“Sama ada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan (menang PRU15), bila rakyat sudah buat keputusan, kita kena hormat… kita tidak boleh menafikan hak rakyat di negara ini,” katanya dipetik Bernama.

Walaupun Loke tidak menolak kemungkinan gabungan kerajaan dan pembangkang mewujudkan beberapa bentuk kerjasama selepas PRU, Loke berkata prasyarat kerjasama itu mesti dibina atas kapasiti pembangkang yang kuat.

“Syarat yang paling besar ialah kita mesti kuat dulu, kita mesti ada kerusi yang banyak baru kita boleh runding, baru kita ada modal untuk runding.

“Kalau kita dah kalah, parti yang menang besar tak akan runding dengan kita lagi, kalau kita dah kalah, ia tak ada apa-apa alasan nak runding atau bekerjasama dengan kita lagi.

“Kita tak ada apa-apa yang kita boleh tuntut lagi,” katanya lagi. AD

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.