Menghadapi pilihan raya besar sebagai ketua DAP buat kali pertama, ada strategi jangka panjang dalam fikiran setiausaha agung parti itu, Anthony Loke.

Untuk permulaan, Loke mahu menggunakan PRU bulan depan sebagai peluang untuk DAP menawarkan barisan calon yang lebih berbilang kaum bagi mengemukakan naratif baru untuk parti itu.

Selama ini DAP sering digambarkan oleh lawannya sebagai parti “anti-Melayu” dan “anti-Islam”.

Untuk itu, Loke berkata DAP meletakkan lebih ramai calon Melayu untuk PRU kali ini, seperti Young Syefura Othman di Bentong, Syahredzan Johan di Bangi dan Sheikh Umar Bagharib Ali di Ayer Hitam.

“Di peringkat nasional, ini adalah naratif penting bagi kami kerana, mulai PRU ini, kami mahu mengunjurkan calon yang barisan berbilang kaum.

“Secara keseluruhan, saya mahu menjadikan PRU ini untuk mengubah imej DAP dari segi pencalonan parti. Sebab itulah anda akan melihat akan ada sejumlah calon Melayu.

“Kali ini, berbanding hanya seorang – iaitu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji pada PRU lalu – saya sudah mengumumkan tiga calon (parlimen) Melayu dan akan ada lagi menyusul dalam beberapa hari mendatang,” kata Loke kepada Malaysiakini dalam satu temu bual di ibu pejabat DAP semalam.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *