500 buah kenderaan yang cuba memasuki negeri Kelantan diarah berpatah balik oleh polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, tindakan itu kerana individu terlibat bukan sahaja tidak memiliki dokumen sah tetapi juga memberikan alasan yang tidak munasabah.

“Kita juga menemui taktik baharu yang digunakan oleh pengguna jalan raya iaitu dengan mencetak dokumen merentas negeri melalui laman sesawang rasmi PDRM tanpa pengesahan dari mana-mana balai polis.

 “Tindakan itu dilihat lebih kepada mencuba nasib, bagaimanapun kita berjaya mengesan taktik itu menerusi pemeriksaan secara teliti yang telah dilakukan oleh anggota bertugas di pintak masuk ke negeri ini menerusi sekatan jalan raya,” katanya.

Sehingga kini, polis Kelantan telah mengesan sekurang-kurangnya tiga keluarga yang berbuat demikian dan telah diarahkan berpatah balik serta diberikan kompaun.

“Pintu masuk yang paling sibuk buat masa ini ialah di Gua Musang dan Pasir Puteh,”ujarnya.

Beliau turut mengarahkan semua ketua polis di sempadan melakukan pemeriksaan ketat supaya tiada yang dapat membolosi pintu masuk ke negeri ini dengan mudah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.