Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 4,008 kes baru Covid-19 dengan 11 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 4,003 kes adalah penularan tempatan manakala lima kes jangkitan di luar negara.

Apa yang lebih membimbangkan adalah jumlah kes aktif terus catat peningkatan yang mana kini sejumlah 41,087 kes aktif keseluruhan.

Sementara itu, sebanyak 2,374 lagi kes sembuh dicatat, menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang pulih ialah sebanyak 127,662.
Malaysia juga merekodkan pertambahan kes kematian COVID-19 iaitu sebanyak 11, dan menjadikan jumlah korban akibat wabak itu kini 630.

Berita lanjut menyusul

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *