Kes harian positif Covid -19 melonjak ke angka tertinggi dengan 5,725 individu dijangkiti wabak itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 203,933.

“Terdapat 45,478 kes aktif di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, KKM turut merekodkan 16 kematian akibat Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 733 kes.

“Kes kematian pada hari ini melibatkan sembilan di Selangor, dua di Sabah dan masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Sarawak, Melaka, Kelantan dan Perak.

Mengulas lanjut mengenai jangkitan wabak itu, beliau berkata, Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes dengan bilangan 3,126.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 2,559 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya.

Menurutnya, Kuala Lumpur merekodkan 687 kes diikuti 684 kes di Johor, Sabah (228), Sarawak (179), Terengganu (137), Kedah (125), Pulau Pinang (99), Kelantan (93), Melaka (75), Perak (73), Negeri Sembilan (69), Pahang (67), Putrajaya (16) Labuan (lima) dan Perlis tiga kes.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.