Dr Mahathir Mohamad berkata Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak boleh diadakan tahun ini malah perlu ditangguhkan hingga tamat penggal Parlimen pada 2023.

Mahathir berkata untuk menjalankan PRU15 pada tahun ini, pertimbangan serius perlu mengambil kira situasi pandemik Covid-19 yang semakin meningkat dan mengakibatkan penularan jangkitan lebih dahsyat jika sebarang bentuk pilihan raya diadakan.

“Saya fikir kalau nak buat pilihan raya waktu ada Covid-19, kita akan lihat perkembangan (jangkitan). Sebab itu (walaupun) selepas tamat darurat tidak boleh diadakan pilihan raya. Kena tunggu mungkin sampai tarikh 2023.

“Kita tidak boleh main-main dah dengan Covid-19 ini. Ia boleh berjangkit kerana sekarang ini bukan saja ada satu varian, kita ada lima varian sekarang ini. Kalau kita main-main benda ini, dia boleh berkembang,” katanya.

Beliau menambah penangguhan pilihan raya perlu dilakukan dalam tempoh perintah darurat sebelum ia tamat pada 1 Ogos depan.

Menurutnya pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu telah memberi pengajaran besar peningkatan kes mendadak selepas tempoh itu.

“Ini serius. Jangan main-main. Kita sudah buat di Sabah, apa jadi?” Beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan Utusan Malaysia hari ini.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.