Kes Covid-19 di Malaysia masih kekal empat angka apabila 1,295 kes baharu dan 7 lagi kematian diumumkan hari ini. Daripada jumlah itu, 1,285 merupakan kes tempatan dan 10 lagi kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 87,913 kes dengan kes aktif sebanyak 14,751.

Lembah Klang masih mencatatkan kes tertinggi, iaitu 55 peratus daripada semua kes baru. Selangor mempunyai kes terbanyak iaitu 481 dan Kuala Lumpur pula mencatatkan 232 kes.

7 lagi kematian baru diumumkan hari ini menjadikan kes kematian mencecah 429 kes.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.