Sekiranya tingkap tidak boleh diturunkan, pecahkan tingkap dengan alat seperti tukul atau lakukan seperti ini:
Jika tingkap tidak boleh dipecahkan, tunggu dengan tenang sehingga paras air naik dalam kereta.
Ini kerana pintu tidak boleh dibuka apabila tekanan air menolak dari luar. Apabila tekanan sudah stabil, barulah boleh buka pintu kereta.
Tetapi Hammond hampir lemas apabila menunggu tekanan air seimbang di dalam demonstrasi Top Gear. Bayangkan jika dalam keadaan kejadian sebenar, kemungkinan besar orang akan terkejut dan panik.
Maka, seboleh-bolehnya keluar secepat mungkin selagi ada peluang.