Usah bersedih selamanya. Sedih seadanya sementara saja dan hapuslah kesedihanmu selepas itu.
Ada jalan bahagia yang telah Allah lorongkan, pilihlah dari banyaknya cabang bahagia. Sedih selamanya pun tak bagus untuk kesihatan diri dan juga mental kita.
Bagaimana kita nak uruskan hari-hari yang mendatang.. jika kita hidup dalam kesedihan. Masalah kita, kesusahan dan musibah yang melanda kita mungkin agak berat tetapi ada orang lain lagi besar masalahnya.
Mengapa bersedih? Ada banyak sebab mengapa seseorang itu bersedih. Mungkin sebab berjauhan dengan orang tersayang seperti anak-anak, suami atau isteri dan juga ibubapa.
Ada pula yang bersedih kerana ditinggalkan orang yang istimewa. Ada pula bersedih sebab dikhianati oleh rakan baik. Itu semua antara sebab mengapa seseorang itu bersedih.
Cara Nabi Muhammad SAW Hilangkan Rasa Sedih
Dalam postingan ini, saya kongsi cara-cara nabi Muhammad menghilangkan rasa sedih.
1. Solat
2. Melihat daun yang hijau
3. Mendengar deruan air yang mengalir
4. Melihat wajah-wajah yang menceriakan
5. Baca al Quran