Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan ia melakukan tapisan terhadap calon-calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU-15) akan datang.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, proses itu perlu supaya setiap calon bebas dari isu rasuah dan tidak mendatangkan masalah.

Bukan itu sahaja, SPRM turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan PRU berjalan lancar, berintegriti dan bersih.

“SPRM akan membuat tapisan berhubung dengan isu-isu berkaitan dengan rasuah. Pertama sekali kita memantau isu rasuah dalam pilihan raya dan kita akan menguatkuasakan undang-undang kita.

“Selain pada tu yang paling utama ialah atas kesalahan pilihanraya 1954 Akta ni masih wujud lagi walaupun dah lama,” katanya pada sesi dialog Program Cakna Rasuah SPRM bersama media zon utara di Vouk Hotel, di Georgetown, semalam.

Dalam perkembangan lain, Tan Sri Azam memberitahu, siasatan berhubung kes salah guna dana Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) telah selesai.

“Lapan individu sudah pun dituduh di mahkamah, dan enam lagi individu bakal dituduh di mahkamah berhubung kes terbabit.

“Kesemua yang didakwa melibatkan pengarah syarikat, pengerusi pertubuhan, pegawai pentadbiran syarikat dan setiausaha pertubuhan,” kata beliau.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *