Pengumuman yang dibuat oleh Istana Negara tersebut bukan sahaja mengundang gembira khususnya para penyokong malah turut memberi impak drastik kepada Bursa Malaysia.

Sebagai rekod, pengumuman yang dibuat pada jam 1.32 petang tadi telah menyaksikan Bursa Malaysia meningkat 3% hanya dalam tempoh kurang dari 2 jam sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-10.

Peningkatan nilai KLCI ini sekaligus menjadikan Bursa Malaysia mencapai paras harga tertinggi sejak 24 Ogos 2021 iaitu 15 bulan terakhir.

Sementara itu, saham Advance Synergy Bhd (ASB) tampil sebagai antara kaunter yang meningkat dengan mendadak iaitu sebanyak 77.14% serta didagangkan pada nilai RM0.31 seunit.
Bukan itu sahaja, Ringgit Malaysia dilaporkan semakin kukuh berbanding USD daripada RM4.53 kepada RM4.50 sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Setakat artikel ditulis, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum lagi dilantik dan mengangkat sumpah secara rasmi sebagai Perdana Menteri. Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang di Istana Negara.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *