Zuraida Kamaruddin menafikan beliau ingin menyertai semula Bersatu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurutnya, dakwaan itu tidak benar, sebaliknya beliau hanya akan menyokong Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

“Ini tidak benar… saya cuma sebut saya akan sokong PN pada PRN akan datang.

“Saya sokong parti berbilang kaum. Budak ini baik jaga mulutnya,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Sehubungan itu, Zuraida berkata, beliau akan menghubungi Wan Fayhsal untuk menjelaskan perkara berkenaan.

Terdahulu, Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilaporkan berkata, Bersatu menolak permohonan Zuraida untuk menyertai semula parti itu selepas PRU15.

Menurutnya, ia berikutan Zuraida sebelum ini enggan melepaskan jawatan menteri yang diisi atas kuota Bersatu selepas keluar parti.

Tambah Wan Fayhsal, keputusan menolak permohonan Zuraida dibuat secara sebulat suara.

Selepas meninggalkan Bersatu, Zuraida menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baharu ditubuhkan, tetapi tidak lama kemudian dipecat berikutan perebutan kuasa dengan Presidennya, Datuk Larry Sng.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *