Kenyataan terbuka
6 Mac 2021

NATRAH DICABAR LAPOR SPRM ATAU DILIHAT PEMBOHONG !

Beberapa hari lepas kecoh dengan kenyataan YB Natrah Ahli Parlimen PKR Sekijang kononnya ditawar berjuta untuk alih dan nyatakan sokongan pada Perdana Menteri. Ini adalah kenyataan bohong atau pengakuan dia tidak berintegriti serta bersekongkol jenayah.

Jika kenyataan Natrah betul dia wajib tampil buat laporan ke atas tawaran yang diterima. Jelas tawaran itu rasuah dan salah. Dengan tidak membuat laporan maka ia merupakan subahat dan melindungi kegiatan jenayah. Ada dan tahu maklumat jenayah dan tidak melaporkan juga satu jenayah. Kenyataa Natrah merupakan pengakuan jenayah dan tidam berintegriti.

Satu laporan polis telah dibuat oleh Mohd Saiful Azmeer Bin Salim, Armada Sekijang semalam di IPD Segamat ke atas Natrah kerana pengakuan melakukan jenayah itu.

Tapi saya sangat yakin Natrah tidak akan tampil mendedahkan siapa yang menawarkan jauh sekali membuat laporan polis kerana ia sama sekali tidak berlaku. Tidak akan ada orang bodoh yang akan membazirkan wang dengan ahli parlimen yang pasti tidak dicalonkan dalam PRU akan datang kerana jika PKR atau PH mencalonkan Natrah maka pasti mereka akan hilang deposit. Rekod perkhidmatan Natrah sangat teruk, pengundi sangat marah dengan dia yang “hilang” . Malah bagi PPBM Johor sangat mengharapkan Natrah dicalonkan PKR- PH semula. Bukan kata nak bazirkan berjuta malah ratusan pun tak berbaloi untuk Natrah.

Pengundi Sekijang sendiri terkejut bila tiba – tiba nama Natrah muncul di media kerana bagi mereka Natrah sudah tidak wujud.

Di Sekijang sendiri PPBM sudah punya beberapa calon yang berkeliber mampu menang dan gerak kerja PPBM Sekijang sangat tersusun dengan jentera yang sedia hadapi PRU.

Dalam tempoh darurat kerajaan tidak akan berubah. Biarlah siapa pun melompat kerajaan akan kekal sehinggalah darurat ini ditarik dengan pembubaran parlimen maka untuk apa nak bazir berjuta untuk bayar Natrah. Pengumuman Natrah hanya gimik politik PKR dan disambut oleh beberapa yang tak sudah sudah bermain politik sempit.

Saya nasihatkan Natrah balik ke kawasan atau sekurangnya hadir sendiri di pusat khidmat bertemu pengundi. Dengar rintihan mereka dan bantu selia banyak masalah di kawasan kamu. Kamu menang pun hanya kerana gimik dan propaganda.. sudah sudahlah politik gimik dan propaganda itu sudah tidak laku.. bantu seliakan bantuan dan selesaikan masalah pengundi khususnya dalam mendepani cabaran hari ini.

Selanjutnya klik

https://www.facebook.com/330750857632133/posts/726608744713007/

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *