Kenyataan Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditawarkan untuk menjadi sebahagian daripada ‘Langkah Sheraton’ sebagai satu pembohongan.
Pengerusi Pejuang Badan Perhubungan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berkata Nik Nazmi telah membuat satu penipuan yang tidak boleh diterima akal fikiran yang waras mengenai perkara itu.
“Saya tahu apa yang sebenarnya berlaku mengenai ‘langkah Sheraton’
“Apa yang dinyatakan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad dalam rancangan temu-bual beliau dengan Malaysian Insight merupakan satu pendustaan yang tidak boleh diterima sama sekali.
“Semua yang terlibat dalam ‘langkah sheraton’ adalah kalangan yang tidak mahu menerima Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairuddin berkata, gerakan dalam ‘Langkah sheraton’ adalah semata-mata untuk menggagalkan dan menyekat perancangan Anwar untuk mengambil-alih kepimpinan negara.
“Semua pemimpin-pemimpin utama yang merancangkan serta menggerakkan ‘langkah sheraton’ adalah kalangan yang sama sekali tidak mahu bersekongkol dengan Anwar Ibrahim.
“Mereka menolak kepimpinan Anwar Ibrahim secara ekstrim! Jadi bagaimana Ahli Parlimen Setiawangsa boleh menipu menyatakan bahawa anwar ibrahim telah dijemput tetapi beliau nenolak kerana tidak mahu mengkhianati PH,” katanya.
Khairuddin berkata, realitinya tokoh pemimpin yang dijemput untuk bersama menjayakan ‘langkah sheraton’ serta ditawarkan jawatan Perdana Menteri semula adalah Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebenarnya menolak pelawaan tersebut kerana tidak mahu bekerjasama dengan kalangan kleptokrats serta tidak mahu mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada PH pada PRU14,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, kenyataan Nik Nazmi tidak tepat sama sekali serta serta didakwa sebagai pendustaan semata-mata.
“Kalau Nik Nazmi Nik Ahmad nak berbohong untuk mencipta ‘political mileage’ untuk Anwar Ibrahim sekalipun; lakukanlah secara bijak sedikit!
“Pembohongan secara bodoh oleh Nik Nazmi Nik Ahmad adalah tidak berasas serta tak mudah dipercayai oleh keseluruhan rakyat Malaysia,” katanya.
Terdahulu, Nik Nazmi mendakwa Anwar pernah ditawarkan untuk menjadi sebahagian daripada ‘Langkah Sheraton’ bagi menggantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Katanya, jika Anwar ingin jadi Perdana Menteri sudah lama Presiden PKR itu membawa parti berkenaan untuk sertai ‘Langkah Sheraton’.
Ketua Setiausaha Pengelola PKR itu juga berkata, bagaimanapun ketua pembangkang itu tetap menolak dan memilih untuk setia bersama sekutunya dalam PH.