Pengerusi AMANAH Johor Aminolhuda Hassan yang juga ADUN Parit Yaani berkata, tindakan tiga ADUN berkenaan menyertai PKR adalah bagi mencari peluang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

AMANAH Johor difahamkan mereka ditawarkan kerusi di beberapa kawasan di negeri ini.

“Seperti mana yang kita maklum, terdapat tawaran kepada mereka untuk bertanding di kerusi yang bakal ditandingi atas tiket PKR.

“Seharusnya sebagai mengekalkan semangat setia kawan dalam PH, tidak sepatutnya PKR menerima tiga ADUN AMANAH menyertai parti mereka.

“Ini akan menimbulkan pelbagai persepsi sesama komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dan itu seharusnya diterima dengan jiwa yang besar oleh PKR itu sendiri,” katanya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *