
Terkejut mendengar ungkapan kasar Tengku Razaleigh Hamzah, Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO merangkap Ahli Parlimen Gua Musang, yang menggelarkan PAS sebagai pelacur (PAS is like a prostitute).
Istilah begini, selain istilah main dua kolam, sudah biasa saya baca dan dengar, tetapi selalunya dari tangan dan mulut cybertroopers sahaja, bukan dari mulut seorang pemimpin.
Pastilah akan terluka hati pemimpin dan ahli PAS yang bekerja keras membantu calon-calon UMNO dalam pilihan raya kecil di Tanjung Piai dan Semenyih bila usaha mereka kini dipertikai.
Begitupun, adalah dipercayai bahawa majoriti pemimpin dan ahli UMNO lain tidak berkongsi sentimen “PAS macam pelacur” yang disuarakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah ini.
Usahlah dibiarkan suara-suara sumbang begini menghancurkan kerjasama baik yang telah terjalin antara UMNO dan PAS selama ini.
Semoga akan ada pemimpin UMNO yang menegur tindakan Tengku Razaleigh Hamzah ini jika mereka masih sayang kepada perpaduan ummah.
LAPORAN KENYATAAN TENGKU RAZALEIGH HAMZAH TERSEBUT
“UMNO perlu menentang PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang kerana parti Islam itu tidak boleh dipercayai lagi.”
“Dah lama kita lawan PAS. Bukan baru semalam, tapi sejak 1951, PAS mengacau UMNO sejak itu, sampai sekarang, bukan benda baru.”
“PAS juga tidak boleh dipercayai untuk membantu UMNO dalam pilihan raya akan datang kerana parti itu sebahagian daripada Perikatan Nasional.”
“Walaupun PAS bersama UMNO menubuhkan Muafakat Nasional dua tahun lalu, parti itu tidak ikhlas apabila tiba masa pilihan raya.”
“Perkara itu dapat dilihat melalui sikap ahli PAS dalam siri pilihan raya kecil ditandingi UMNO selepas kedua-dua parti sudah pun mengadakan kerjasama rasmi dalam Muafakat Nasional.”
“Di (pilihan raya kecil) Tanjung Piai, ketika mereka dah bersama dengan kita, PAS tidak mengundi kita, mereka ada 3,000 ahli di Tanjung Piai tapi tidak sampai 1,000 yang undi kita. Mereka bukan rakan kongsi yang jujur. Begitu juga di Semenyih.”
“PAS macam pelacur, sekejap (sokong) DAP, sekejap Semangat 46.”
Sumber: The Malaysian Insight, 12 Februari 2021.