Cadangan Bersatu Terengganu yang mahu bertanding semua kerusi ditandingi Umno di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan keputusan peringkat nasional, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Itu pandangan negeri, mungkin pandangan bahagian dan kawasan, kita kena hormatlah. Tetapi bila pandangan ini diangkat ke peringkat pusat, presiden parti, pimpinan MPT sudah tentu akan memberikan kepimpinan terbaik mungkin.

“Sebab itu pendirian kita adalah akan terus memperkukuh kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) dan sedia kerjasama dengan mana-mana parti yang menerima dasar perjuangan dan idealisme prinsip-prinsip terkandung dalam PN,” kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu, memetik laporan Malaysia Gazette.

Terdahulu, Pengerusi Bersatu Terengganu, Razali Idris dilaporkan berkata parti itu akan bertanding di semua kerusi ditandingi Umno di negeri itu susulan tiada kerjasama terjalin antara kedua-dua parti pada PRU15.

Umno Terengganu sebelum ini dilaporkan mahu bertanding semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kawasan Parlimen pada PRU15. 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *