Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggesa orang awam menghubungi pihaknya jika menemui jalan berlubang di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Unit Media DBKL menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook DBKL memaklumkan terdapat dua talian boleh dihubungi orang awam untuk menyalurkan aduan tersebut.

“Jika anda temui jalan berlubang, boleh WhatsApp ke unit Public Service Delivery Transformation (PSDT) DBKL di talian 011-62396652.

“Orang ramai juga boleh hubungi terus Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1800-883-255. Anda lapor, kami baiki,” menurut kenyataan dimuat naik pada Khamis.

Dalam pada itu, Unit Media DBKL memaklumkan Unit Rondaan DBKL sudah melaksanakan kerja-kerja tampalan jalan berhampiran Muzium Tekstil, Jalan Hishamuddin di sini pada lewat malam Rabu.

Menurut kenyataan itu, kerosakan itu dikesan dan terus dibaik pulih oleh unit Public Service Delivery Transformation (PSDT) DBKL.

Sebelum ini melaporkan seorang warga emas berusia 75 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas selepas melanggar lubang di jalan menghala Mid Valley di sini pada Ahad.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, siasatan awal mendapati mangsa yang dalam perjalanan dari arah Jalan Connaught menghala ke Midvalley terbabas sendiri selepas melanggar lubang di jalan berkenaan sebelum terjatuh di atas jalan.

DBKL dalam satu kenyataan kemudian memaklumkan pihaknya telah melaksanakan kerja penyelenggaraan sebanyak sembilan kali di lokasi kemalangan itu sejak September lalu.

Ko

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.