Tidak ada lagi perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara pada masa terdekat ini.

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata, kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan PKP secara menyeluruh merangkumi seluruh negara atau sesuatu negeri.

“Sebaliknya, kawalan pergerakan hanya dilaksanakan mengikut lokaliti dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan sahaja,” katanya ketika mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa), hari ini.

Menurut Muhyiddin, kerajaan akan melaksanakan strategi kawalan penularan Covid-19 secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak negatif terhadap aktiviti ekonomi negara.

“Pada masa yang sama, dengan mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *