Seorang lelaki berasal dari Kotaa Konya, Turki telah menyiram isterinya dengan air mendidih kerana marah dikejutkan untuk sarapan pagi pada 9 Januari.

Kejadian berlaku apabila Rukiye Ay, 23, membawakan sarapan untuk suaminya, Ali Ay, 28, yang masih tidur di biliknya. Dia merancang untuk mengejutkan suaminya.

Namun, rancangan itu gagal apabila suaminya terus mengamuk dan marah kerana dikejutkan dari tidur.

“Dia marah kerana mengganggu tidurnya. Jadi saya meminta maaf dan makan bersama anak perempuan kami,” kata Rukiye.

Ali Ay kemudian pergi ke arah Rukiye dan mengancam untuk menceraikan wanita tersebut. Dia kemudian menyiram air mendidih ke leher dan wajah Rukiye.

Rukiye sempat mengelak dan cuba ingin melarikan diri tetapi air panas itu terkena punggungnya dan kaki anak perempuannya. Dia kemudian cuba untuk lari bersama anaknya namun, dia terus pengsan.

“Ketika sedar, saya mendengar anak saya menjerit. Saya dapat merasakan Ali mengheret saya ke bilik mandi,” ujarnya.

Apabila perhatian Ali beralih, Rukiye cuba menghubungi ayahnya dan kemudian melarikan diri ke rumah jiran.

Akibat kejadian itu, kulit Rukiye melecur teruk dan dirawat di hospital secara intensif.

Polis kemudian menangkap Ali tetapi dibebaskan dengan jaminan. Namun, ianya membuatkan warga Turki marah dan melakukan protes sehingga Ali ditahan kembali atas perintah mahkamah.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *