Bekas naib presiden Umno Muhammad Muhd Taib berkata PAS kelihatan sukar memuktamadkan kerjasama dalam MN mereka walaupun parti yang satu lagi berpendapat sebaliknya.

Dilihat gagal memberikan komitmen penuh kepada Muafakat Nasional (MN) seorang veteran Umno menasihatkan PAS agar berfikir dengan mendalam dan tidak menyukarkan keadaan.

Kata Muhammad Umno masih menunggu jawapan PAS kerana sedar gabungan yang dibina melalui MN mempunyai kekuatan besar dan perlu direalisasikan.

“Dalam soal pembahagian kerusi pilihan raya, pemimpin PAS sendiri tahu formula terbaik mengenainya.

“Mereka tahu antara UMNO dan PN (Perikatan Nasional), siapa yang lebih kuat, mempunyai akar umbi dan jentera kukuh.

“Saya nasihatkan PAS jangan benda senang nak dijadikan susah kerana yang rugi nanti adalah parti-parti Melayu sendiri,” katanya seperti dipetik Sinar Online hari ini.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.