Seorang pengguna laman Twitter, Afdlin Arifin memuat naik sebuah posting mendakwa terdapat seorang lelaki warga emas yang menghidap strok ditinggalkan oleh anaknya di tepi jalan.

Perkara itu diketahui selepas bapanya melakukan rondaan di sekitar kawasan Kota Kemuning, Selangor yang membantu warga emas terbabit sebelum dibawa menaiki ambulans.

Posting tersebut mendapat ulang kicau sebanyak 7,700 kali dan meraih 5,900 tanda suka serta pelbagai reaksi warganet yang mempunyai pendapat masing-masing.

Sekiranya betul dakwaan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan sedih dengan tindakan tersebut apatah lagi terhadap orang tua yang sudah tidak bermaya.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu mengatakan berkemungkinan warga emas terbabit kurang sihat dan tidak sedar dengan perbualan ketika situasi itu berlaku.

Memang meragukan! Mungkin ahli keluarga atau waris pakcik ni boleh tampil menjelaskan situasi sebenar. Takde la netizen buat spekulasi lain kan?Sumber : Twitter

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *