BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu dipercayai akibat jangkitan paru-paru.

Menurut laporan MalaysiaGazette yang memetik sumber, bekas Ahli Parlimen Pekan itu pada mulanya dimasukkan ke hospital selepas mengidap influenza.

“Pemeriksaan lanjut mendapati beliau menghidapi jangkitan paru-paru dan perlu menjalani beberapa prosedur rawatan,” katanya.

Jelasnya, Najib menjalani prosedur rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu sama seperti banduan lain yang tertakluk di bawah Akta Penjara 2000.

Difahamkan bekas Perdana Menteri itu kini sudah kembali ke penjara selepas menjalani rawatan susulan.

Ini kali kedua beliau dimasukkan ke hospital selepas mengalami ulser kronik tahun lalu.

Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang dan denda RM210 juta sejak 23 Ogos lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atasnya dalam kes SRC International. 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *