Seorang lagi penggerak Parti Amanah didapati sudah menyertai parti lain hari ini.

Individu itu adalah pengerusi Amanah Pahang Hamzah Jaafar yang hari ini diumum sebagai ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi negeri itu.

Senarai ketua Pejuang negeri-negeri berkenaan dikeluarkan setiausaha agung penaja Pejuang, Marzuki Yahya.

Hamzah ialah bekas calon Pakatan Harapan (PH) untuk kerusi DUN Dong pilihan raya umum lalu dan dilantik menjadi pengerusi Amanah negeri sehingga 2019.

Dalam pemilihan Amanah pada tahun tersebut Hamzah gagal mendapat undi mencukupi sebagai sebahagian daripada pimpinan Pahang.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.