PAU 2016 Muhyiddin Yassin dibelasah pada Taklimat Presiden dan Perasmian. Perwakilan berharap ada happy ending pada ucapan penangguhan tapi itu tak berlaku sebaliknya beliau tidak diberi ruang berucap dan terus dibelasah depan2 hingga ke penghujung noktah…
Selesai ucapan Najib- Muhyiddin tidak bersalaman.. Perwakilan pulang hampa.. Penjilat gembira… Selesai PAU beliau dipecat dari UMNO dan tidak lagi berparti… Ramai yg kata UMNO akan lebih kuat sebab tiada lagi pengkhianat atau duri dalam daging…
Muhyiddin yg sudah tiada parti kemudian tubuhkan PPBM utk meneruskan karier politik yg telah dibunuh. UMNO yg dijangka akan lebih kuat sebalik tersungkur pada PRU14 (2018).
Kini semasa PAU 2022 game TIDAK DIPERTANDINGKAN jawatan Presiden & Timbalan dimainkan…
Keputusan ini masih mampu dicabar berdasarkan perlembagaan parti… Namun begitu selesai PAU bakal pencabar pula dipecat dan digantung keahlian.. Tutup cerita… game off..
Seperti biasa penjilat sekali lagi bersorak gembira kerana mereka percaya naratif bahawa UMNO akan lebih kuat sebab kononnya pengkhianat atau duri dalam daging sudah tiada… sama seperti situasi 2016..
Sudah2 lah penjilat… Kamu hanya berpolitik mengikut naratif yg dibawa.. Naratif dongeng yg dibina hari demi hari yg menjahanamkan… Kamu tidak lihat dengan kepala otak yg waras…
Pengundi hari ni tidak lagi taksub dengan warna parti… tapi mereka sangat terbuka dgn wajah yg dipaparkan… agenda yg diperjuangkan…
Kamu sisihkan Shahidan Kassim… Habis hancur seluruh Perlis…
Kamu sisihkan Annuar Musa punah seluruh Kelantan..
Kamu percaya Sabry Chik dan Mat Said.. Tertonggeng seluruh Terengganu..
Kamu sisihkan Noh Omar melingkup Selangor…
Kamu sisihkan Adham Baba… tempat putih melepak majoriti tinggal 2k..
Kamu ‘bunuh’ KJ.. padahal beliau hampir menang dan undi meningkat teruk di Sungai Buloh…
Kamu tanam Hishammuddin Hussein padahal dikala org lain tersungkur beliau padu dgn penambahan majoriti berganda-ganda..
Kamu buang Hasni Mohammad dari Pengerusi Perhubungan padahal beliau berjaya membawa kemenangan besar PRN Johor…. mengalahkan mantan dan bakal menteri dan merampas kembali Simpang Renggam…
Kamu tukar pula dgn org yg lari dari kerusi asal bertanding kawasan putih melepak yg hasilnya majoriti merosot…
Kamu ignore kata2 Mail Sabri… padahal undi beliau tetap mantap…
Kamu sanjung presiden padahal perpuluh tahun disitu undi tinggal 340 sahaja..
Lihatlah… Ini bukti bahawa parti tidak ditolak secara total… tetapi secara terpilih / selected… Kamu buang aset2 yg masih beri sisa2 kekuatan.
Sekarang wajah apa yg kamu ingin tonjolkan?? Anwar Ibtahim?? Tumpang kekuatan DAP??
Tapi tak pe lah… teruskan menjilat.. sebenarnya ramai yg masih syg pada parti ini.. namun ruang untuk kembali pulih semakin sempit…
Ingat kata2 ini.. jgn nanti parti ini hanya jadi penempel kepada Pakatan Harapan ..Kesian pejuang2 bawahan bermatian-matian… parti ini Parti Melayu… ditubuhkan atas asas penyatuan bangsa… tapi jika haluan yg dibawa ke destinasi yg lain pengundi akan beralih kpd parti yg mereka lebih percaya..
Jajaran baharu itu mengarut… kembali kepada agenda asal dan kamu akan kembali dihormati..
Aku hanya ada satu undi untuk negara ini… tapi berjuta manusia di luar sana akan terus melihat, memerhati dan akam menjatuhkan hukum di kertas undi.