Kenapa Parlimen belum dibuka jika bazar Ramadan, sekolah dan ekonomi akan dibuka, tanya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menerusi ciapanya, Setiausaha Agung UMNO berkata, suara rakyat agar Parlimen dibuka semakin kuat didengar.

”Kini terletak di tangan Kabinet untuk memberi nasihat yang tepat kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya yang menyatakan telah meminta supaya Parlimen semula sejak Januari lalu.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, beliau adalah antara Ahli Parlimen yang kerap berbahas, bertanya dan memberi cadangan kepada kerajaan.

Walaupun ada 100 Ahli Parlimen yang berusia lebih 60 tahun namun ada 120 Ahli Parlimen yang berusia kurang daripada itu.

Tetapi katanya, korum sidang Dewan Rakyat yang dibenarkan hanya kepada 26 Ahli Parlimen.

Maka eloklah dibuka.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *