Najib Razak hari ini menjelaskan notis muflis Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang diserahkan kepadanya semalam bagai menabur garam ke luka ketidakadilan yang masih berdarah, dan beliau menjadi mangsa ketidakadilan.

Bekas perdana menteri itu menjelaskan perkara tersebut dengan nada sedih dalam sebuah hantaran Facebook yang biasanya dipenuhi hantaran-hantaran sarkastik terhadap musuh politiknya dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Bagaimana ia terjadi? Kes cukai ini dikenakan terhadap saya oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan langsung tidak mempunyai alasan kukuh atau merit. Ia kemudian diteruskan oleh kerajaan PN.” katanya.

Terdahulu Najib Abdul Razak menerima notis kebankrapan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semalam.

Notis berkenaan berhubung cukai sebanyak RM1.7 bilion yang dikehendaki oleh LHDN daripada Najib.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.