Azwan Ali memberi bayangan dirinya ‘dilamar’ Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk menjadi calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA tidak memaklumkan lebih lanjut dan hanya mengesahkan sekali lagi bahawa dirinya akan bertanding sebagai calon bebas buat masa sekarang.

“Diva AA confirmed bertanding kerusi parlimen #PRU15 at now? Calon bebas…

“Walaupon ada ‘proposed’ Diva AA masuk parti Pejuang! what say you?,” tulisnya menerusi Instagram.

Dalam hantaran berasingan, Diva AA turut berkongsikan foto yang didakwanya bersama bekas Setiausaha Peribadi Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohammad kononnya bagi berbincang berkaitan perkara tersebut.

Namun, Azwan tidak mengesahkan perkara itu dan membiarkan ia menjadi tanda tanya.

“Diva AA khusyuk ‘discussed’ dengan mantan setiausaha peribadi Tun M (centre)? Benarkah Diva AA masuk parti Pejuang?,” katanya.

Pada PRU14 yang lalu, Diva AA bertanding di kerusi DUN Bukit Antarabangsa, namun kalah kepada abangnya sendiri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.