Nampaknya sejak berkahwin, hampir setiap minggu kontroversi menghimpit pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat.

Selepas kecoh aksi terlebih mesra dan cium ketiak ditayangkan di media sosial, terbaru muzik video Parah Parah nyanyian Ayda mendapat teguran dari Ustazah Asma’ Harun.


Ustazah Asma’ telah menulis teguran secara terbuka di akaun Facebook rasmi miliknya tentang perasaan kecewanya terhadap penyanyi lagu Parah Parah itu.

Tulis Ustazah Asma’ sebelum ini dia pernah suka dengan bakat yang ada pada diri selebriti berkenaan namun dia terkejut dan terduduk sayu selepas menonton muzik video Parah Parah.


Tulisnya lagi, dia belum pernah melihat muzik video artis Melayu Islam hingga ke tahap ini.


Jelas Ustazah Asma’ perkara ini merupakan satu musibah ummah yang parah tatkala kita sedang dilanda pandemik covid 19 tetapi Ayda menghasilkan muzik video yang menampilkan wanita berpakaian separuh bogel dengan tarian menghairahkan. 


Ustazah Asma’ turut mempertikaikan tentang betapa bangganya mereka apabila muzik video berkenaan mendapat top 10 di saluran YouTube.


Katanya adakah kalian bangga dengan maksiat yang dilakukan secara terbuka dan menjatuhkan maruah wanita Islam dan menjadi penambah koleksi si pemuas nafsu.


SAYA MENULIS INI DARI HATI YANG KASIH KEPADA DIRI KAMU DAN RASA HORMAT KEPADA SUAMI KAMU. INGATLAH BAHAWA KEMASYURAN, KEKAYAAN, KISAH CINTA, PENGARUH, BAKAT DAN KECANTIKAN BUKANLAH SATU ANUGERAH JIKA DIGUNAKAN UNTUK MAKSIAT. IA ADALAH MUSIBAH! 

Ustazah Asma’ juga berharap semoga penyanyi berkenaan cukup kuat untuk memadam video berkenaan kerana saat tidur malam dosa masih berjalan. Katanya lagi dia faham kos penghasilan muzik video berkenaan mungkin tinggi,  kerugian tidak boleh lari namun ia berbaloi untuk nilai SyurgaNya. 

Selain itu Ustazah Asma’ juga berharap Kementerian Komunikasi dan Multimedia, pihak berwajib dan Seniman turut memainkan peranan dalam isu sebegini. 

Sumber :

https://m.facebook.com/2227686867513186/posts/2930870090528190/?d=n

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *