Semenjak Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengakui tidak berlaku kerjasama antara kepimpinan Pas dan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) di Terengganu dek kerana PAS masih mengamalkan sikap yang lama dan tidak memberi peruntukkan sama rata.
Ahmad turut membangkitkan mengenai isu agihan peruntukan RM10 juta bagi bantuan Covid-19 ketika sesi perbahasan ketika Persidangan DUN.
Selain itu, Ahmad turut mempersoalkan tindakan kerajaan Terengganu melantik individu tertentu memegang terlalu banyak jawatan-jawatan penting dalam syarikat milik kerajaan negeri.
Menurutnya, individu yang mempunyai rekod yang tidak baik dan pernah dipecat didakwa turut dilantik memegang sehingga 13 jawatan termasuk pengerusi, ahli lembaga pengarah dan penasihat.
Kini muncul audio yang dikatakan luahan hati dari Pemuda PAS Terengganu yang tidak berpuas hati dengan sikap pimpinan PAS mereka sendiri mula disebarkan melalui aplikasi Whatsapp dan medsos.
Pada pendapat admin cara rakaman begini untuk menyerang pihak lawan adalah cara yang sudah basi dan melucukan tanpa keberanian menyebut nama suara yang meluahkan perasaan dalam audio seumpama itu.
Audio ini katanya ada lagi sambungan Part 2, semoga di audio seterusnya ada menyebut individu yang berani memberi luahan ikhlas ini dan beberapa detail berserta gambar untuk kita sama-sama tularkan ketidakpuasan hati Pemuda yang dikatakan dari parti PAS ini ye.