Asia Times kongsi rakaman audio wawancara sekaligus menyangkal penafian oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad merujuk kepada wawancaranya bersama Asia Times, yang memetik beliau sebagai berkata Najib perlu perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap skandal 1MDB dan dihukum penjara.

Timbalan Presiden UMNO itu akhirnya bercakap benar dan jujur sepenuh hati semasa mengulas kes mahkamah yang sedang dihadapi Datuk Seri Najib Razak, semestinya seseorang yang sudah disabitkan kesalahan perlu menjalani hukuman.

Setiap individu dalam negara tidak terkecuali untuk mematuhi undang-undang negara, jika ada kesalahan dilakukan maka perlu lah menghadapi hukuman.

Undang-undang tidak hanya terpakai kepada rakyat biasa sahaja, sebaliknya ia juga mesti dilaksanakan tanpa berat sebelah tanpa mengambil kira status atau darjat seseorang tersebut.

Najib sudah diberikan peluang untuk diadili secara adil dan mahkamah sudah membuat keputusan terhadap kes dihadapinya, malah ada kes yang sedang berjalan.

Mohamad atau Tok Mat Hasan semasa wawancara bercakap mengikut sudut perundangan dan kenyataan dikeluarkannya itu juga adalah logik yang diakui semua orang tepat.

Tidak lah perlu Mat Hasan berasa malu pula dengan kenyataan beliau sehingga mahu membetulkan semula pemahaman orang ramai berhubung pandangannya atau menafikan pula kata-kata yang keluar daripada mulutnya.

Sepatutnya penyokong UMNO perlu bangga dengan kenyataan Mat Hasan yang akhirnya menunjukkan kejujuran seorang pemimpin, jangan lah kerana mahu menjaga hati Najib semua perkara tidak boleh diberikan pandangan.

Semasa wawancaranya bersama Asia Times, Mohamad berkata Najib perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dihukum penjara.

Memetik laporan Asia Times, dengan tajuk ‘Exclusive: UMNO’s No 2 thinks Najib should go to jail’ Mohamad juga dilaporkan berkata kelesuan negara ketika ini berpunca daripada kegagalan UMNO untuk ‘memberitahu kebenaran’ mengenai skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Asia Times dimiliki oleh Asia Times Holdings Limited, sebuah syarikat berpangkalan Hong Kong yang terlibat dalam multimedia dan perhubungan awam.

“Dia (Najib) tidak membuktikannya. Dia tidak dapat membuktikannya. Semua orang perlu membayar tindakan mereka.

“Tapi kalau nak ampun, dia (Najib) kena lalui proses. Dia kena masuk (penjara) dulu,” kata Mohamad dipetik dalam wawancara itu.

Bersambung….

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.