Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi ‘kantoi’ sebar berita palsu tentang Perdana Menteri dan kerajaan dalam laman Facebooknya yang akhirnya telah diturunkan (delete).

Begitulah yang didedahkan oleh Exco Pemuda Bersatu (Armada) iaitu Asyraf Mustaqim dalam laman Facebooknya yang mengecam tindakan keji Ketua Pemuda UMNO itu.

“Cuba untuk main gambar-gambar demi meledak sentimen dengan modus operandi pembohongan dia, kononnya PN buat persediaan PRU dengan menggunakan gambar-gambar semasa PRN Sabah”, kata Sdr Asyraf Mustaqim.

Rupa-rupanya, gambar-gambar yang ditularkan oleh Ketua Pemuda UMNO itu adalah gambar-gambar lama, iaitu ketika persediaan PRN Sabah iaitu ada yang bertarikh “5 September 2020”.

Gambar-gambar yang menunjukkan seolah-olah parti pemerintah, Perikatan Nasional sedang sibuk membuat persediaan Pilihanraya Umum (PRU) dengan mencetak bahan-bahan kempen itu sudah tular di media-media sosial termasuk kumpulan-kumpulan whatsapp di kampung-kampung. – Melayukini, 8/2/2021

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *