
Baru-baru ni, pelakon Reen Rahim ada muat naik video di Youtube menunjukkan dia mengaji bersama ibunya di rumah. Tapi, penampilan dan pemakaian Reen yang seksi mendapat perhatian dan kritikan ramai netizen.
Melalui video yang telah dipadam itu, Reen dikatakan memakai ‘singlet’ bersama kain telekung dengan gaya ala-ala berkemban. Ramai yang berasa kurang senang melihat penampilan itu apatah lagi di depan Reen terdapat senaskah Al Quran.
Bagaimanapun, Reen telah ditegur oleh bapa saudara dan ibunya sendiri secara peribadi dan di Instagram, dia telah berkongsi tentang hal tersebut. Reen menunjukkan screenshot mesej dari bapa saudaranya itu yang menegur agar dia memotong babak yang memaparkan dia berpakaian seksi.
Selepas ditegur, Reen bertindak memadam video tersebut dan telah memuat naik semula video mengaji tersebut yang telah disunting.
Apa nak jadi lah dengan dunia akhir zaman ni. Nak menunjuk sangat pandai baca Al-Quran sanggup rakam diri tak pakai tudung dan yang paling sedih tu hanya pakai singlet je.