Arahan bekerja dari rumah masih berkuat kuasa walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri kini dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ini kerana hingga kini belum ada kenyataan yang menyatakan sebaliknya daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

“Insya-Allah kita akan bincangkan dalam mesyuarat nanti sama ada terdapat keperluan untuk mengekalkan (arahan bekerja dari rumah) atau mereka (pekerja) boleh mula bekerja di pejabat,” katanya pada sidang media perkembangan PKPB di Kuala Lumpur hari ini.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *