Tindakan meracun haiwan tidak bertuan bukan merupakan jalan penyelesaian masalah kejiranan.
Ia merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusian dan kejam dan turut menyalahi undang-undang di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 Seksyen 31.
Namun, malang sekali masih ada pihak yang masih meracun haiwan apabila 10 ekor anjing didapati mati diracun di Puncak Jelapang, Ipoh baru-baru ini.
Menurut Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM), mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu sisatan.
“Kami akan berusaha menegakkan keadilan buat haiwan ini,” katanya.
Katanya, teknik yang terbaik mengawal populasi haiwan terbiar adalah dengan pemandulan dan bukan pembunuhan.