Pernah tak korang pergi dekat cermin, senyum dan perasan, kenapa gigi korang warna kuning macam emas?
Pergh ni kali pertama saya rasa geli dengan warna emas. Melampau sangat dah tu gigi kuning macam emas.
Tapi benda ni ada penjelasan pasal kenapa gigi kuning tu. Ia berlaku sebab gaya hidup kita. Secara normalnya, memang gigi kita akan kuning bila kita makin tua, dan benda ni ada kaitan dengan mangkuk jamban kita jugak yang akan saya cerita lepas ni.
Cumanya, dia lagi cepat kuning kalau kita buat benda yang senang buat gigi jadi lagi kuning contoh macam hisap rokok, minum arak dan juga memakan makanan yang ada ‘stain’ macam anggur.
Tapi, sama seperti mangkuk jamban, kita juga boleh buang warna kuning ni.
Syaratnya ialah kurangkan berbuat aktiviti yang boleh membawa kepada kekuningan gigi dan juga rawatan pemutihan gigi yang akan buang warna kuning ni.
Kenapa dari awal sampai akhir saya dok sembang pasal gigi kuning dan mangkuk jamban?
Sebab gigi kita dan mangkuk jamban tu diperbuat daripada bahan yang sama – enamel.
Sebab tu mangkuk jamban tu keras dan dia jugak boleh jadi kuning kuning bila dah jadi lama. Untuk rawat benda tu, kita kena cuci dengan pencuci kuat macam peluntur dan pencuci jamban gitu.
Cuma tu lah, dah saya cakap gini jangan la korang pergi cuci gigi kuning korang dengan pencuci jamban tak ke mampus nanti.