Persuruhjaya PAS Perak Tuan Haji Razman Zakaria mengatakan pendirian tegas enggan meminta maaf kepada Presiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya di K Hotel Bagan Serai sebentar tadi.

Bukan sahaja tak kisah disaman, malah Razman tegas mengharamkan orang Islam mengundi Pakatan Harap

“Saya akan lawan habis-habisan mempertahankan Perak dari ditawan PH.”

“See you in court Anwar Ibrahim. Saya akan buktikan apa yang dikatakan adalah benar.”

Beliau juga enggan meminta maaf dan tidak gentar malah tidak akan berganjak daripada pendirian itu walaupun berdepan pelbagai desakan.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim menghantar surat tuntutan kepada Ketua PAS Perak Razman Zakaria berhubung dakwaannya pada satu ceramah bahawa presiden PKR itu akan mempromosikan LGBT, membenarkan perkahwinan sejenis dan menyokong agenda komunis.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *