Presiden PKR Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa bekas naib presiden parti itu, Tian Chua akan dipecat secara automatik berikutan tindakannya bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Batu.

Mengakui Tian sebagai seorang reformis yang berdedikasi, Anwar bagaimanapun menjelaskan pemecatan itu terpaksa dilakukan atas dasar parti.

Sehubungan itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkenaan, ahli parti yang bertanding sebagai calon Bebas dipecat secara automatik.

“Tian Chua, tidak bernasib baik dia memilih haluan itu (bertanding Bebas). Beliau seorang yang bersemangat dan berdedikasi sebagai seorang reformis. Saya tidak harus melihat seorang reformis sepatutnya melakukan perkara itu sekarang dan dalam kerjaya politik.

“Apa pun, kita akan ambil tindakan sewajarnya. Biasanya sebagai dasar (PKR), mereka yang bertanding sebagai calon Bebas atau meninggalkan parti atas apa jua alasan sekali pun akan secara autmatiknya dipecat oleh parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman calon Parlimen Tambun di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Sri Kledang, Institut Latihan Perindustrian Ipoh, di sini hari ini.

PKR mencalonkan P Prabakaran di bawah panji PH untuk bertanding di Parlimen Batu. Penyandang kerusi itu adalah antara calon termuda pada PRU15 ini.

Tian Chua yang pernah menyandang kerusi Parlimen Batu selama dua penggal, sebelum ini meluahkan rasa kecewa dengan senarai calon yang diumumkan kepemimpinan parti.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *