Keghairahan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal 2020 menjadi punca ‘Langkah Sheraton’ yang akhirnya menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Selangor, Muhammad Hilman Idham, berkata Presiden PKR itu tidak sewajarnya menuding jari kepada pihak lain, sebaliknya menilai sikap sendiri ketika itu yang menjadi punca sebenar kejatuhan kerajaan PH.

“(Datuk Seri Mohamed) Azmin Ali, saya dan pimpinan lain bukan sahaja berhak, malah menjadi kewajipan kami mengkritik dan meninggalkan wadah dan gabungan politik yang tidak lagi memperjuangkan persoalan dan kephaentingan rakyat.

“PH mengkhianati rakyat kerana gagal menegakkan dan melaksanakan agenda reformasi yang dijanjikan dalam pilihan raya umum.

“Ini perkara yang serius. Semangat kami tidak pernah luntur walau sedikit pun untuk bersama melaksanakan janji dan iltizam terhadap negara yang dahagakan perubahan.

“PH gagal kerana fokusnya beralih kepada kemelut politik (Datuk Seri) Anwar dalam PKR yang rakus menggugat tampuk kekuasaan dan menyerahkan kepimpinan negara kepada Anwar. Akhirnya, semua ikrar dilupakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perebutan kuasa ini, kata Hilman, sangat memalukan dan terus berlanjutan sementara komponen PH yang lain hanya mendiamkan diri.

“Apakah ini gabungan politik yang masih perlu kita dukung?” katanya.

Hilman berkata, hingga kini, ‘Langkah Sheraton’ digunakan PH sebagai bahan propaganda untuk menutup kegagalan dan kebankrapan idea mereka dalam menyelesaikan masalah rakyat ketika itu.

“PH terpaksa menutup setiap kegagalan mereka dengan ‘Langkah Sheraton’. Kami menghabiskan bertahun-tahun yang menyakitkan untuk cuba mengubah keadaan dari dalam parti, tetapi tidak berhasil.

“Akhirnya, kami dipecat kerana tidak sehaluan atau bertindak mengikut perintah yang di luar kehendak kami,” katanya.

Beliau berkata, PKR kini kucar-kacir dan cuba meneruskan perjuangannya tanpa mengambil kira nasib atau masalah sebenar rakyat.

“Sungguh menakutkan memikirkan nasib negara jika parti yang tidak berfungsi sama sekali ini masih berada dalam kuasa persekutuan. Bolehkah mereka mentadbir?” katanya.

Pada Kongres Nasional PKR yang berakhir semalam, Anwar menyalahkan pihak lain termasuk Azmin selaku bekas Timbalan Presiden PKR dan penyokongnya yang meninggalkan parti itu sebagai punca kejatuhan kerajaan PH pada Februari 2020. BH

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.