Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya telah menugaskan pasukan peguam untuk menyiapkan permohonan bagi mencabar langkah Pengiytiharan Darurat yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, inisiatif tersebut adalah kesinambungan daripada usaha pembangkang membuat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mempertahankan Perlembagaan serta rakyat dari salah guna kuasa.

“Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar jangan putus asa. Negara ini negara yang istimewa, punya pelbagai kaum dan agama, dan saya yakin ini adalah ciri yang terbaik yang kita ada.

“Teruskan tingkatkan disiplin diri dengan patuhi SOP, pakai pelitup muka dengn betul, jaga jarak masing-masing serta kerap basuh tangan. Jika tidak ada keperluan, jangan keluar rumah,” katanya dalam kenyataan.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang menyelar pengumuman yang dibuat oleh kerajaan yang menurut beliau sekolah-olah menunjukkan tiada perancangan awal sehingga mencetuskan suasana panik dan ketidaktentuan.

Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan menjadi acara tahunan yang sia-sia tanpa sebarang makna dan hasil. Apa yang kelihatan seolah bersyarat, namun nampaknya semacam akan kekal.

Agong perkenan darurat hingga 1 Ogos

“Jadinya, kita sekarang ini kembali ke peringkat asal. Mula balik. Ini mengingatkan saya kepada apa yang pernah diungkap Albert Einstein, “adalah sesuatu yang gila untuk mengulangi perkara yang sama sambil mengharapkan hasil yang berbeda”.

“Kerajaan pimpinan Muhyiddin hari ini telah meletakkan negara di lembah kegilaan,” katanya.

Baru-baru ini, Anwar menghantar surat kepada semua ahli Parlimen bagi merayu Yang di-Pertuan Agong membatalkan darurat.

Dalam surat yang sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mahu YDPA mengarahkan Parlimen bersidang sebelum 31 Januari ini

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, kerajaan sepatutnya membantu rakyat dalam mengharungi kemelut yang melanda rakyat akibat pandemik Covid-19.

Katanya, Malaysia sepatutnya telah berjaya, apa yang disebut sebagai “flattening the curve” atau melandaikan lekuk dan menjadi antara negara yang berjaya menundukkan COVID-19.

“Sebaliknya, kerajaan ini terus menyusah dan membodohkan rakyat. Kerajaan hari ini anggap rakyat seperti kanak-kanak,” katanya

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.