Saya tidak pasti apakah laporan The Vibes bahawa “Tengku Razaleigh Hamzah mahu menjadi perdana menteri sebelum beliau meninggal dunia” (“Tengku Razaleigh Hamzah wants to be prime minister before he dies”), di samping laporan The Malaysian Insight bahawa Tengku Razaleigh Hamzah berkata “beliau adalah pilihan terbaik untuk menjadi perdana menteri”, adalah laporan yang tepat ataukah hanya berdasarkan satu selorohan beliau.

Apa pun, paling menarik dalam kedua-dua laporan ini adalah pandangan Tengku Razaleigh Hamzah bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR dan Pengerusi PH bukanlah pilihan terbaik untuk menjadi perdana menteri kerana “Anwar akan bankrapkan negara dalam tempoh tiga hari!” (“Anwar will bankrupt the country in three days!”)

Satu pandangan yang cukup berani dari Tengku Razaleigh Hamzah.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.