Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa kini sah menyertai parti Pas selepas mengemukan permohonan beberapa bulan lalu.
Sijil keahlian kepada bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu disampaikan sendiri oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di pentas Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di D’Cattleya, di Seremban, malam Sabtu.