1.Kalau rasa nak buat sesuatu, buat saja. Jangan peduli orang kata. Dan jangan paksa orang ikut macam kita. Lain padang lain belalang. Lantai tak sama rata. Kasut lain jenama.

2.Jangan peduli apa orang kata pada kita. Rilek rilek sudah. Bahagia dengan cara kita. Beras kita habis bukan ada orang peduli. Depa tak tanya pun.Kita senang orang dekat. Kita susah orang lari.

3.Nak buat baik jangan harap balasan orang. Nanti hati sakit. Jangan guna ayat “Kita tolong orang, suatu hari orang tolong kita”. JANGAN. Biar Allah sahaja yang membalas.

  1. Tengok orang senang, jangan iri. Dia senang cara dia. Susah dia kita tak tau. Didik hati.. Suatu hari aku akan jadi macam dia.
  2. Jangan mudah terasa hati. Nak merajuk. Tak ada orang peduli pun. Dok pendam buat apa. Hati sakit. Air mata habis. Buat apa yang kita happy.
  3. Berkawan dengan orang yang nak kawan dengan kita. Yang takmau kawan lantak pi dialah. Berkawanlah tanpa syarat.
  4. Baca posting orang jangan sakit hati. Kita taktau apa tujuan dia. Yang hang nak kalut sangat pasaipa. Nama pun social media. Lantak dia lah nak boh gambaq kucing ka, rimau ka, penyu ka. Ciken cop ka, laksa ka, Nak pi jalan mana ka.. Hang takmau pi jalan duk diam sudah.
  5. Tulis benda positif. Tulis pasal kita. Jangan tulis pasal orang. Kalau orang tak suka, refer no. 7. Jangan perli perli. Hang ingat dia baca ka hang kata kat dia. Hang yang syok sendiri. Hang rasa lega sebab luah di medsos. Tapi orang nampak hang bodo.
  6. Utamakan keluarga. Depa yang akan susah senang dengan kita.
  7. Ada duit buat cara ada duit. Kalau takdak duit jangan ikut cara orang ada duit. Sat lagi dia makan lamb chop hang makan megi perisa kari. Naik mercedes sampai. Naik axia pun sampai jugak. Naik myvi lagi awal sampai. Apa ada hal. Beli rumah 2-3 bijik. Pakai kereta mewah. Cukup bulan pinjam duit member. Investment jadah apa.
  8. Buat kerja jangan harap anugerah. Jangan harap orang puji. Nanti kita frust dan sakit hati. Kalau kita tak berharap apa apa, kita buat pun jadi seronok. Dapat… rezeki. Tak dapat mampuih pi.

Insyaallah… Tenang dan gumbira.Tenang Is Good bebeh!

Kredit: Cikgu Zahran

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.