Pernah tular kerana kenyataan tidak suka solat sebelum ini, usahawan kosmetik disiasat polis kerana memukul anak perempuannya yang berusia 16 tahun.

Semuanya gara-gara dia tidak berpuas hati dengan status dimuat naik remaja berkenaan menerusi aplikasi Whatsapp.

Difahamkan dalam kejadian pada pukul 4.30 petang semalam di rumah mereka di Kampung Pauh, Pasir Mas, Kelantan, remaja berkenaan dipercayai turut dipukul oleh bapa tirinya yang berusia 33 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, insiden itu menyebabkan mangsa mengalami luka dan bengkak pada bahagian kepalanya akibat ditampar oleh bapa tirinya.

Semalam beliau telahpun memuatnaik status menceritakan hal sebenar di lama Facebooknya yang bernama Puteri Ekora.

Di sini admin kongsikan luahan hati anak Usahawan Kosmetik menuntut keadilan buat dirinya yang dikatakan telah dianiaya sedari kecil.

“Pada tarikah 14/6/2021 pukul 4:00 pm . Mama pergi ketuk pintu bilik dan sy keluar dari bilik , Bapa tiri saya suruh saya duduk di atas kerusi . Mama dan bapa tiri saya marah kerana saya buat status whatssap tentang mama . Bapa tiri saya menarik dan lalu menampar saya mengunakan tangan kerana saya lari dari mama . Dia memukul saya time suami saya keluar cod dan suami saya tidak tahu apa yang saya lakukan . Mama saya memukul saya di kepala menggunakan telefon iphone 12 pro max sebanyak 2x dan menyepak saya di bahagia tekak kiri . Mama dan bapa tiri saya marah saya lagi dan lagi . Lepas itu , mama saya ambil kayu hoki untuk memukul saya dan saya lalu melarikan diri , Mama menghayunkan kayu hoki dekat saya tetapi saya lari berada di sebalik meja . Lepas itu , bapa tiri saya ugut suami saya kalau suami saya bawak saya lari dari rumah bapa tiri saya bagitau akan membuat report kes rogol dan mama saya bagitau kalau suami saya bawak keluar selangkah keluar pagar dari rumahnya dia akan suruh bercerai . Mama saya tanya saya ” mung nak duduk nge toktuo mung ko ? ” Lepasty dia menyuruh bapa tiri saya menggambil hanger untuk memukul saya jika saya mengatakan ” YA ” untuk tinggal bersama mertua saya .

sekian dari saya , saya ingin keadilan untuk saya sebagai anak yang teranaiya . Sejak dari kecil lagi saya dipukul dengan mama dan bapa tiri saya . Saya harap buat pengajaran untuk semua orang . Saya bukan tak sayang mama tapi saya kalis doh sebab keno pukul skmo . Saya nak tanya kalau kena dekat diri sendiri saya rasa awak akan buat tidakkan yang sama . Awak tidak duduk tempat saya awak tak akan tahu perasaan saya macam mana.”

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *